Bila dalam keadaan begini aku rasa sedih sangat. Sebab aku sendiri pun tahu apa lagi yang hendak aku buat. Bukan aku tak usaha, aku usaha. Aku juga kena fikirkan, takkan aku hendak miss call sahaja.
Sebab itu aku sentiasa cari syiling simpan syiling dan cari public phone sebab aku memang hendak cakap dengan dia, hendak dengan suara dia. Kadang sedih juga kenapa perkara 2 hari yang aku tak buat aku kena hadapi keadaan macam ni. Sedih sebab aku bukannya tak ingat, bukannya lupa bukannya sekadar cakap sahaja.
Rasa sedih juga kerana pengorbanan yang aku buat ini cukup besar dan perit bagi aku. Siapa yang hendak tukar kerja yang selesa dan gaji bulan-bulan. Aku mahu merubah diri aku supaya aku boleh memiliki dia. Ini jalan yang terbaik aku boleh rancangkan. Aku perlu lakukan yang terbaik untuk diri aku kerana aku perlu berjaya.
I have to start now, jika tidak aku akan hadapi banyak masalah bila berhenti nanti. Aku hanya ada 1 bulan aje lagi sebelum tugas terakhir ku disini. Aku jadikan cintaku pada dia sebagai tangkal semangat untuk capai kejayaan. Aku panjatkan doa untuk kebahagian dia dan insan-insan bersamaku.
Yang paling aku takut, jika dia membenci aku kerana keadaan yang ada sekarang. Adalah sukar untuk sesuaikan diri dengan keadaan sedia ada sekarang melainkan aku dalam kawalan. Sekarang aku mahu dalam kawalan. Biarlah susah macam mana senang macam mana yang pasti aku usahakan.
Aku serah sahaja. Aku perlu berjaya tidak boleh tidak kerana aku tidak boleh gagal. Tensionkan?
Anyway aku kena hati-hati apa yang aku cakap apa yang aku buat apa yang aku tulis sebab nanti ada yang terluka. Cakap sikit aku rasa macam salah, cakap lebih aku rasa macam tak kena, baik aku diam ajelah. Aku diam bukan kerana tak kisah, bukan kerana buat tak reti dan bukan kerana aku tak peduli.
Aku diam kerana ini sahaja cara yang baik untuk aku lakukan dalam keadaan begini. Aku sendiri jadi penat. Bila aku free hendak call, apa yang aku boleh bualkan dalam keadaan begini. Nangis ajelah. Sebab ada yang masih tak mengerti bahawa aku terlalu cintakan dia, rindukan dia dan sayangkan dia. Sampai aku sendiri pun dah naik malas dah hendak kata apa-apa. Kalau dia nak layan aku macam ni setahun pun layanlah, aku rela kerana aku sendiri pun dah tak tahu apa yang hendak aku buat lagi.
Diari,
Aku sedih sangat tau, aku sedih sangat. Dalam aku letih macam ni, aku sedih sangat. Aku nak cerita kat siapa, kat diari ni lagi. Ni kes telepon lagi. Puas dah aku, sampai aku dah tak terkata apa lagi diari, aku naik gila dah macam ni, aku sedih sangat macam ni, aku ingat kalau aku jadi macam orang gila kat flat tukan bagus. Tak yah fikir benda-benda sedih macam ni. Duduk dalam kereta buruk, merayau cari makan. Tiada siapa nak kacau.
Tapi aku kena fikirkan Tihah dan Haikal. Ya Allah tolonglah, aku sudah puas mahu jadi yang terbaik tapi masih lagi ada yang kurang di matanya. Apa lagi yang aku perlu buat, ya Allah.
Posted by cahaya-abadi
at 5:25 PM JST